PMI Pembuatan Malaysia merosot

PMI Pembuatan Malaysia merosot

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) – Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Nikkei Malaysia merosot kepada 47.8 pada Februari 2016 berbanding 48.6 pada Januari.

Indeks itu merupakan petunjuk prestasi pembuatan, iaitu mana-mana angka yang lebih besar daripada 50.0, menunjukkan peningkatan keseluruhan keadaan operasi sektor. PMI menandakan kadar kemerosotan yang lebih ketara dalam sektor pembuatan Malaysia.

Penyedia perkhidmatan maklumat kewangan Markit, yang mengeluarkan kajian, berkata data kajian pada Februari menunjukkan penurunan yang ketara dalam keadaan operasi pengeluar Malaysia, dengan pengeluaran berkurangan pada kadar paling cepat sejak November tahun lepas, berikutan penurunan pesanan baharu.

Ahli Ekonomi Markit Amy Brownbill berkata data menunjukkan sebab utama penurunan jumlah pengambilan kerja baharu adalah kejatuhan dalam permintaan domestik, berikutan pesanan eksport baharu meningkat pada kadar paling ketara sejak Oktober lepas.

“Sementara itu, tekanan inflasi terus meningkat, berikutan harga input naik pada kadar yang ketara. Ahli-ahli panel menyebut kos bahan mentah yang tinggi dan peningkatan cukai jualan sebagai faktor yang menyumbang kepada beban kos yang lebih tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, pesanan baharu dari luar negara meningkat, menunjukkan penurunan dalam jumlah pesanan baharu didorong oleh kejatuhan dalam permintaan domestik.

ARTIKEL YANG SAMA