PMS tambat Bendanu

PMS tambat Bendanu

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 2 Okt – Liga Persatuan Bolasepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) diteruskan dengan perlawanan pertama Kumpulan B yang menyaksikan pertembungan antara MPK Bendanu FC dengan PMS.

PMS berjaya mencuri satu mata dari MPK Bendanu FC apabila Halim menyempurnakan sepakan penalti sepuluh minit sebelum perlawanan tamat untuk mengikat jaringan pada kedudukan 3-3.

Perlawanan di Kompleks Sukan Tutong (KST) itu diterajui MPK Bendanu FC seawal minit ketiga apabila Mohammad Ari Saizul Fadhli bin Ariffin menemui sasaran.

Sembilan minit kemudian kedudukan menjadi 1-1 apabila Muhd Hafriz bin Hazman meledakkan jaringan buat PMS. Muhd Hafriz kemudiannya membawa PMS di depan menerusi jaringan kedua peribadi dan pasukannya pada minit ke-29.

PMS berjaya mencuri satu mata apabila Halim mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke-80 menerusi sepakan penalti.
PMS berjaya mencuri satu mata apabila Halim mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke-80 menerusi sepakan penalti.

Pendahuluan 2-1 PMS itu membawa ke masa rehat namun hanya enam minit selepas rehat, MPK Bendanu FC berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan kedua peribadi Mohammad Ari Saizul Fadhli.

Abang Hazim bin Abang Hadzaman membawa MPK Bendanu FC di depan buat kali kedua dalam perlawanan itu dengan jaringan 3-2 pada minit ke-61 iaitu hanya sepuluh minit selepas gol penyamaan mereka.

Dengan keputusan seri 3-3 berkenaan, kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata dan kini sama-sama menerajui Kumpulan B yang turut mengandungi Kebia FC, Tutong Hotspurs FT, Kamai Kiudang FC, 3PML dan Azmainshah.

ARTIKEL YANG SAMA