PNG jamin henti pemerdagangan manusia

PNG jamin henti pemerdagangan manusia

SYDNEY, 2 Ogos (AFP) – Perdana Menteri Papua New Guinea, Peter O’Neill hari ini menjamin sokongan negaranya dalam menangani pemerdagangan manusia ketika beliau mengesahkan perampasan sebuah bot yang dipercayai membawa hamba dari Kemboja dan Myanmar.

O’Neill mengatakan lapan orang telah diselamatkan dari bot nelayan ‘Blissful Reefer’ selepas ia berlepas pada 27 Julai di luar pelabuhan selatan Daru di perairan PNG.

Para pegawai telah menyiasat 19 kru, termasuk kapten, di bandar Port Moresby sementara lapan lagi ditempatkan di lokasi selamat sebelum menghantar mereka pulang, kata ketua PNG dalam satu kenyataan.

“Terdapat kapal lain di kawasan itu dan kami sedang mengikuti aturan siasatan ke atas kegiatan mereka,” tambah O’Neill Tangkapan bot itu berlaku ketika Amerika Syarikat menyiarkan rangking tahunan mengenai penyeludupan manusia, dengan Kemboja dan jiran Myanmar, Thailand berada dalam senarai bawah sekali.

Masalah penyeludupan manusia Thailand berpusat pada perdagangan seks yang luas, namun ada juga laporan penyalahgunaan dalam penangkapan ikan komersial.

O’Neill mengatakan PNG akan bekerjasama dengan rakan serantaunya untuk membina satu penjejak rangkaian rasmi dan menahan bot yang membawa manusia seludup.

“Pemaksaan penyeludupan manusia, hamba dalam istilah lain, adalah salah satu amalan paling teruk dalam dunia hari ini,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA