PNG paling teruk terjejas El Nino

PNG paling teruk terjejas El Nino

SYDNEY, 14 Dis (AFP) – Kemarau, hujan tidak menentu dan suhu bawah paras beku ekoran El Nino dengan teruk memberi impak kepada rantau Pasifik, dengan Papua New Guinea (PNG) paling teruk terjejas, kumpulan bantuan Oxfam berkata dalam laporan hari ini.

Menggesa bagi kesegeraan ditingkatkan bagi usaha untuk menyelamatkan nyawa, badan amal itu berkata 4.7 juta orang berdepan kelaparan, kemiskinan dan penyakit di rantau Pasifik ekoran corak cuaca.

“Ini adalah krisis berskala besar sejagat,’ menurut laporan itu, “Early Action on Supercharged El Nino Vital to Save Lives” (Tindakan Awal ke atas El Nino melampau penting untuk menyelamatkan nyawa.).

“El Nino pada masa ini adalah salah satu yang paling kulat pernah catatkan yang bererti akan ada keadaan cuaca lebih teruk yang akan mengancam keselamatan makanan orang ramai, nyawa dan kehidupan.”

El Nino adalah nama yang diberikan kepada corak cuaca yang berkaitan tempoh kepanasan bertahan di tengah dan timur Pasifik tropika yang mencetuskan cuaca melampau yang berbahaya dan menelan banyak belanja.

Laporan kumpulan bantuan Oxfam menyatakan bahawa kemarau, hujan tidak menentu serta suhu bawah takat beku ekoran El Nino dengan teruk memberi impak kepada rantau Pasifik, dengan PNG adalah yang paling teruk terjejas. – Agensi
Laporan kumpulan bantuan Oxfam menyatakan bahawa kemarau, hujan tidak menentu serta suhu bawah takat beku ekoran El Nino dengan teruk memberi impak kepada rantau Pasifik, dengan PNG adalah yang paling teruk terjejas. – Agensi

Bukan lalu, agensi cuaca PBB memberi amaran fenomena ini yang dicetuskan oleh kepanasan dalam suhu permukaan laut di Lautan Pasifik, adalah paling teruk dalam tempoh lebih 15 tahun.

Oxfam berkata pertukaran cuaca mengakibatkan kesan teruk El Nino dan di sebalik perjanjian iklim sejagat bersejarah dicapai di Paris pada hujung minggu, banyak perlu dilakukan dengan untuk dengan cepat mengurangkan pengeluaran gas.

Menurutnya akibat El Nino kuat pada masa ini mungkin mengakibatkan 40-50 juta orang di seluruh dunia berdepan kelaparan, penyakit dan kekurangan air dalam awal 2016 ketika permulaan krisis yang perlahan.

Tempat-tempat yang teruk terjejas termasuklah Papua New Guinea di Asia Pasifik dan juga Habsyah dan Malawi di Afrika dan Guatemala, Haiti dan Honduras di Amerika Latin.

“Papua New Guinea teruk terjejas, terutamanya di Highlands, dengan kemarau meluas dan suku bawah takat beku menjejaskan sehingga tiga juta orang dan memusnahkan tanaman dan binatang ternakan,” katanya.

“Kemarau juga menjejaskan Vanuatu, Fiji, Kepulauan Solomon, Samoa dan Tonga, merosakkan tanaman dan bekalan air.”

Kerana El Nino juga menambah kemungkinan musim puting beliung tropikal lebih lama di hemisfera selatan, negara-negara di timur Pasifik seperti Kepulauan Cook dan Samoa juga mungkin berisiko ribut kencang, menurutnya.

ARTIKEL YANG SAMA