PNG pertimbang perintah berkurung

PNG pertimbang perintah berkurung

SYDNEY, 27 Jun (Xinhua) – Pihak berkuasa Papua New Guinea mempertimbangkan mengeluarkan satu arahan perintah berkurung ke atas kampus universiti terbesar negara itu bermula hari ini kerana bimbang serangan balas dendam ekoran kematian seorang pelajar pada ketegangan hujung minggu.

Pelajar itu mati selepas diserang di hostelnya di Universiti Teknologi (Unitech) di bandar pelabuhan Lae pada malam Sabtu oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang yang juga membakar kereta dan bangunan.

Serangan, berikutan pengeboman bangunan dan kereta di Universiti Papua New Guinea (UPNG) di ibu negara Port Moresby pada Jumaat sehari selepas pertempuran antara kumpulan pelajar dan pengawal keselamatan.

“Satu perintah berkurung segera dicadangkan dilaksanakan di UPNG dan Unitech sebagai menyokong usaha polis memulihkan peraturan dan undang-undang di kampus-kampus,” ketua setiausaha kerajaan PNG, Isaac Lupari mengatakan dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Penasihat Keselamatan Kebangsaan hari ini.

“Satu perintah mengerahkan Angkatan Pertahanan PNG dipertimbangkan jika ia diperlukan oleh polis.”

Serangan balas merupakan sesuatu yang lazim di PNG kerana budaya keganasan dan perang puak endemiknya di mana peraturan nyawa untuk nyawa dikuatkuasakan.

ARTIKEL YANG SAMA