Pochettino berang

Pochettino berang

LONDON, 15 Sept – Mauricio Pochettino (gambar bawah) mendakwa pasukannya Tottenham Hotspur kurang berminat selepas Moncao menjejaskan malam mereka di Wembley dengan kemenangan 2-1 dalam Liga Juara-Juara.

Pochettino berharap pasukannya akan menandakan kepulangan mereka ke Liga Juara-Juara selepas tidak beraksi selama lima tahun dengan persembahan dominan di depan penonton rekod kelab pasukan Inggeris seramai 85,011 orang.

Tetapi pasukan dari utara London itu terjejas dengan kekalahan menerusi jaringan Bernardo Silva dan Thomas Lemar yang menyerahkan tiga mata penuh kepada pendahulu liga Perancis itu dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E.

Pochettino tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap persembahan hambar Tottenham dan jurulatih dari Argentina itu mempersoalkan hasrat para pemainnya, begitu juga mengkritik kehambaran pertahanan mereka.

“Kami perlu menunjukkan lebih banyak keinginan dan dahaga. Kami menunjukkan kekurangan minat hari ini dan kami tidak seharusnya bolos jaringan pertama itu,” kata Pochettino.

“Kami perlu lebih agresif apabila berpeluang untuk menjaringkan gol. Ia adalah apa yang kami katakana dalam bilik persalinan.

Biarpun memecahkan rekod yang ditunjukkan oleh peminat mereka, Tottenham tidak pernah dilihat dalam kedudukan selesa dalam persekitaran yang tidak dikenali berikutan keputusan kelab untuk menukar perlawanan Eropah ke Wembley memandangkan White Hart Lane sedang dibangunkan semula.

Tetapi Pochettino enggan menggunakannya sebagai alasan dan menegaskan pasukannya perlu menyalahkan diri sendiri. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA