Pochettino pengurus terbaik EPL

Pochettino pengurus terbaik EPL

LONDON, 11 Feb – Sir Alex Ferguson memberitahu seorang ahli parlimen terkenal betapa pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino (gambar) adalah pengurus terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pochettino dikaitkan untuk menggantikan Louis Van Gaal di United dengan banyak pihak membandingkan corak permainan yang diterapkan pengendali Argentina itu dan juga falsafah bola sepak di Old Trafford.

Kualitinya selaku pengendali turut disedari bekas pengurus United itu, kata ahli parlimen untuk Tottenham, David Lammy.

Ahli parlimen untuk Parti Buruh itu memberitahu ‘The Spurs Show’-”Saya mahu mendedahkan satu rahsia, enam minggu lalu saya duduk di sebelah Ferguson pada satu majlis makan malam membabitkan pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi.“

Dia berkata kepada saya, “Saya rasa pasukan awak memiliki pengurus terbaik di Liga Perdana Inggeris.”

Tottenham Hotspur v Watford - Barclays Premier League

Kenyataan Ferguson itu sedikit sebanyak memberi tamparan kepada Van Gaal yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai soalan berhubung masa depannya bersama kelab itu selain spekulasi membabitkan Jose Mourinho yang berkemungkinan bakal menggantikan tempatnya musim depan.

United berterusan menyatakan sokongan kepada pengendali Belanda itu tatkala pasukan terbabit kini di tangga kelima liga, namun Mourinho dan Pochettino berpeluang ‘merampas’ tempat Van Gaal jika dia gagal membawa pasukannya di kedudukan empat terbaik pada penghujung musim nanti.

Pochettino berjaya membimbing Tottenham sehingga menduduki tangga kedua liga dengan hanya tiga kekalahan musim ini selain memberikan peluang kepada beberapa pemain muda yang memberi impak positif kepada Spurs. – Agensi