Pochettino perlu pemain

Pochettino perlu pemain

LONDON, 14 Ogos (AFP) – Mauricio Pochettino mengakui masih mempunyai tugasan yang belum dilunaskan sebagai pengurus Tottenham bagi membentuk semula skuadnya menjelang kunjungan Stoke ke White Hart Lane esok.

Pasukan Pochettino yang tewas 1-0 kepada Manchester United hujung minggu lalu dan pengurus dari Argentina itu berhasrat untuk menambah pilihannya sebelum jendela perpindahan berakhir.

Bekas bos Southampton itu menyaksikan pelepasan tujuh pemain senior di luar musim dengan penyerang Roberto Soldado dan Emmanuel Adebayor juga mungkin akan keluar tidak lama lagi.

Dan dengan tiga pemain baru – Toby Alderweireld, Kevin Wimmer dan Kieran Trippier – ada bersama kelab, Pochettino kekurangan jumlah ketika berusaha untuk memperbaiki kedudukan penyudah tangga kelima musim lalu dalam Liga Perdana.

Dia mahu membawa masuk pemain penyerang yang berkesan bersama Harry Kane untuk mengurangkan bebanan pemain antarabangsa England itu.

Pochettino memerlukan pemain baru untuk membentuk skuadnya bagi menyempurnakan kempen musim ini. – Reuters
Pochettino memerlukan pemain baru untuk membentuk skuadnya bagi menyempurnakan kempen musim ini. – Reuters

Kane mencatatkan musim luar biasa selepas berada dalam pasukan itu musim lalu, tetapi Pochettino tahu dia memerlukan seseorang untuk berkongsi bebanan bagi memberikan kejayaan kepada pasukannya.

“Saya rasa kami memerlukan seorang lagi penyerang dan kami mempunyai pemain yang berbeza yang boleh beraksi seperti penyerang,” kata Pochettino ketika dia bersedia bagi kunjungan Stoke ke utara London.

“Kami mempunyai pemain yang berbeza yang boleh beraksi dalam pelbagai posisi, tetapi saya rasa kami tidak perlu untuk membawa terlalu ramai pemain.”

Pochettino akan meletakkan perancangan pertukarannya ke satu sudut untuk fokus ke atas Stoke City yang melakukan kejayaan ke atas Tottenham Hotspur musim lalu.

ARTIKEL YANG SAMA