Pochettino puji aksi mantap Eriksen

Pochettino puji aksi mantap Eriksen

SWANSEA, Wales, 6 Okt (AFP) – Mauricio Pochettino menghambur pujian buat Christian Eriksen selepas pemain tengah Denmark itu memberikan satu mata kepada Tottenham di Stadium Liberty menerusi dua sepakan percuma menarik bagi mengikat kedudukan 2-2.

Swansea mendahului lawan sebanyak dua kali menerusi Andre Ayew dan jaringan sendiri Harry Kane tetapi Eriksen berjaya menyempurnakan dua sepakan percuma sekali gus membantu pelawat menjarakkan rekod tanpa kalah dalam aksi Liga Perdana kepada tujuh perlawanan.

“Ada kalanya, dia mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol tetapi tidak berbuat demikian,” kata Pochettino. “Tetapi seperti yang anda saksikan hari ini, dia membuktikan kualiti yang ada padanya untuk mengambil sepakan percuma.

Ericksen meraikan jaringan semasa menentang Swansea dalam aksi Liga Perdana di Stadium Liberty pada 4 Oktober lalu. – Reuters
Ericksen meraikan jaringan semasa menentang Swansea dalam aksi Liga Perdana di Stadium Liberty pada 4 Oktober lalu. – Reuters

“Dia seorang pemain profesional yang boleh bermain di beberapa posisi. Saya berani mengatakan bahawa dia adalah salah seorang pemain terbaik yang mampu mengambil sepakan percuma.”

Pochettino agak kecewa kerana anak buahnya tidak menang tetapi turut meluahkan rasa gembiranya dengan persembahan serta kebangkitan yang dipamerkan selepas seri 1-1 dengan Monaco pada kempen Liga Europa.

“Saya kecewa dengan keputusan itu kerana kami tercicir dua mata. Bagaimanapun, saya tidak kecewa dengan persembahan pemain saya.

“Terdapat banyak teori mengenai bermain pada Khamis dan Ahad tetapi jika anda faham dengan skuad anda, sudah tentu anda mampu membuat keputusan tepat.”

ARTIKEL YANG SAMA