Podolski bersara dari pasukan Jerman

Podolski bersara dari pasukan Jerman

BERLIN, 15 Ogos – Penyerang veteran Lukas Podolski telah mengumumkan persaraannya daripada pasukan kebangsaan Jerman hari ini.

Podolski berkata dalam satu siaran Instagram, beliau telah memberitahu jurulatih Jerman Joachim Loew bahawa dia bersara dalam saingan bola sepak antarabangsa yang berkuat kuasa serta-merta.

Podolski menggelar bahawa ia adalah keputusan yang sukar untuk dibuat, berkata “semua ada masanya dan masa saya bersama pasukan Jerman sudah berakhir,” dan menambah dia ingin meluangkan lebih masa dengan perkara lain, terutama keluarganya. Pemain Galatasaray berusia 31 tahun itu, yang lahir di Poland, telah bermain 129 permainan bersama Jerman dalam tempoh 12 tahun, menjaringkan 48 gol dan memenangi Piala Dunia dua tahun lepas. – AP

ARTIKEL YANG SAMA