Pogba mungkin diturunkan esok

Pogba mungkin diturunkan esok

MANCHESTER, United Kingdom, 18 Ogos – Empat tahun selepas disingkirkan, Manchester United akan menghamparkan karpet merah bagi kemunculan kedua Paul Pogba dalam perlawanan Liga Perdana di laman sendiri menentang Southampton, esok.

Pogba kali pertama menyarung jersi pasukan pertama United apabila diturunkan sebagai pemain gantian kepada Ryan Giggs pada separuh masa pertama dalam kemenangan Piala Liga 3-0 ke atas Leeds United di depan 31, 031 penyokong di Elland Road pada September 2011.

Kepulangannya ke kelab itu bukanlah permulaan yang tidak baik selepas United membayar Juventus dengan nilai rekod dunia 89 juta pound (AS$116 juta) untuk membawa kembali midfield Perancis itu ke Old Trafford.

Pogba tidak beraksi sejak Perancis tewas 1-0 kepada Portugal dalam persaingan akhir Euro 2016, tetapi dia memberitahu Manchester Evening News: ” Anda perlu bertanya pengurus, tetapi saya merasa bagus dan telah berlatih selama 10 hari.

Pogba mungkin diturunkan untuk menentang Southampton esok. – AP
Pogba mungkin diturunkan untuk menentang Southampton esok. – AP

“Saya biasa dengan ini. Saya beraksi dalam Piala Dunia dua tahun lalu ketika bersama Juventus dan tiga tahun lalu saya bersama pasukan Piala Dunia Bawah 20. “Jadi saya OK. Ia mengenai tubuh anda dan saya berlatih pada percutian saya.”

Pogba, 23, terlepas aksi dalam kemenangan United 3-1 di Bournemouth Ahad lalu kerana penggantungan yang dibawa dari Coppa Italia musim lalu, tetapi kekurangan kecergasan bermakna dia tidak mungkin akan diturunkan.

Jika dia beraksi dari awal, pengurus United Jose Mourinho perlu menentukan di mana dia akan beraksi. Mourinho memulakan musim dengan formasi 4-2-3-1 dan Pogba dijangka akan mendapatkan tempat di bahagian depan midfield.

Marouane Fellaini dan Ander Herrera mendapatkan peranan tersebut di Bournemouth. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA