Pogba perlu pemeriksaan perubatan sebelum sertai United

Pogba perlu pemeriksaan perubatan sebelum sertai United

LONDON, 29 Julai – Paul Pogba sekali lagi akan menjadi pemain Manchester United selepas persetujuan perjanjian hampir STG100 juta bersama Juventus, semalam.

Ini bermakna pemain itu yang meninggalkan Old Trafford pada tahun 2012 akan kembali sebagai pemain yang cemerlang musim panas ini dengan kos perpindahan rekod dunia.

Perjanjian untuk pemain tengah Perancis berusia 23 tahun itu dijangka dimeterai, hari ini selepas ejen Pogba, Mino Raiola mengadakan perbincangan lanjut dengan Juventus dan peguam di Turin, semalam.

United dan Juventus bersetuju untuk membayar yuran kepada Raiola dengan sebahagian daripada 20 peratus bonusnya yang menyumbang kepada perjanjian keseluruhan Pogba.

Rekod perpindahan dunia semasa adalah STG 86 juta yang dibayar Real Madrid untuk bekas bintang Tottenham Hotspur, Gareth Bale pada tahun 2013.

Pogba dalam proses untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Los Angeles selepas bercuti di Florida sebelum menandatangani kontrak lima tahun bernilai STG 290,000 seminggu.

Pogba meninggalkan Old Trafford pada Julai 2012 selepas pengurus United ketika itu, Sir Alex Ferguson tidak bersetuju dengan tuntutan Raiola untuk kontrak yang lebih baik. Juventus hanya membayar mereka pampasan sebanyak STG 800,000.

Dia bakal menjadi pemain keempat diikat United sejak Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus, selepas pertahanan, Eric Bailly; penyerang, Zlatan Ibrahimovic dan pemain tengah menyerang, Henrikh Mkhitaryan.

Rekod perpindahan yang dibayar kelab British sebelum ini adalah sebanyak STG 59.7 juta ketika United mendapatkan pemain sayap Argentina, Angel Di Maria dari Real Madrid pada Ogos 2014. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA