Pokemon Go akhirnya tiba di Jepun

Pokemon Go akhirnya tiba di Jepun

TOKYO, 22 Julai – Pikachu disambut pulang oleh ribuan gamer Jepun yang bersemangat hari ini apabila aplikasi yang menjadi kegilaan dunia ‘Pokemon Go’ akhirnya boleh didapati di negara itu.

Aplikasi telefon bimbit pintar itu sehingga kini telah dilancarkan kepada lebih daripada 40 negara, termasuk AS dan kebanyakan negara di Eropah, tapi Jepun, di mana Nintendo memulakan francais itu pada 20 tahun yang lepas dibiarkan menunggu lebih lama.

Ketegangan itu berlaku sehingga beberapa hari, apabila laporan-laporan media antarabangsa menyatakan waktu pelancaran di Jepun kerap berubah, dan Nintendo, Pokemon Company, dan pemaju Niantic menolak untuk memberikan sebarang komen.

Namun akhirnya penantian itu berakhir hari ini apabila permainan itu secara rasmi sudah boleh didapati.

“Kami begitu gembira untuk berupaya membawa permainan ini ke Jepun, di mana Pokemon dilahirkan,” umum Niantic dalam blog mereka.

Golongan muda Jepun mula keluar ke jalan-jalan untuk bermain Pokemon Go. – AFP
Golongan muda Jepun mula keluar ke jalan-jalan untuk bermain Pokemon Go. – AFP

Ia disebabkan dengan kelewatan di Jepun terhadap maklum balas “di luar jangkaan kami” selepas pelancaran permainan itu pada 6 Julai.

Reaksi pengguna di Jepun begitu ghairah.

Pelajar sekolah tinggi berusia 16 tahun, Mamiko Amaha begitu mendalami Pokemon Go dengan sekumpulan rakan perempuan di daerah Asakusa yang bersejarah di Tokyo dalam mencari watak-watak Pokemon, apabila sekumpulan pelancong berjalan-jalan di sekitar.

“Ia seperti, ‘Akhirnya! Saya ingin bermain segera,” kata Amaha di luar Kuil Sensoji atas reaksinya apabila aplikasi itu boleh didapati.

“Apabila kami bermain, kami nampak Pokemon di bahu rakan-rakan kami,” tambahnya. “Lalu kami menjerit, “Ia di sana. Ia di sana!”

Rakannnya Maika Kubu, 16, mengakui berasa sedikit bingung bermain permainan itu. Namun itu tidak menjejaskan rasa terujanya.

“Saya tidak begitu biasa dengan Pokemon, namun ia seronok,” katanya.

Sejak pelancaran globalnya, Pokemon Go telah mencetuskan kegilaan dunia dalam kalangan penggunanya yang telah membawa permainan itu ke jalan-jalan bersama telefon pintar mereka. – AFP