Pokemon Go jadi trend

Pokemon Go jadi trend

SYDNEY, 12 Julai – Permintaan tinggi bagi permainan realiti dalam telefon, Pokemon Go menjejaskan server aplikasi di Australia hari ini, sementara mengundang amaran keselamatan dan pencerobohan daripada pihak polis.

Permainan itu begitu popular dalam kalangan para pemain sejak ia dikeluarkan di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) lewat minggu lalu, dengan lebih lima juta muat turun dengan menggunakan Android Google Play app store. Ia juga berada dalam carta teratas aplikasi Apple.

Kedatangan Pokemen di Sydney Ahad lalu menyaksikan beribu-ribu pemain pergi ke pelabuhan ikonik itu, memburu watak kartun itu sekitar Opera House dan Botanical Gardens dengan telefon bimbit mereka.

“Polis Barat telah menerima banyak laporan tentang Pokemon sekitar ibu negara itu. Yang pasti ‘kami akan menangkap mereka semua’ pasukan polis berseloroh di halaman Facebook dengan menggunakan kata pikat permainan itu.

Tetapi mereka memberi amaran “Saya sedang mengumpul Pokemon bukanlah pertahanan sah terhadap dakwaan pencerobohan, maka pastikan anda ada kebenaran untuk memasuki sesebuah kawasan atau bangunan.”

Permainan dalam telefon bimbit Pokemon Go yang memburu hantu dan mengumpulkan bekalan kini menjadi trend di AS. - AFP
Permainan dalam telefon bimbit Pokemon Go yang memburu hantu dan mengumpulkan bekalan kini menjadi trend di AS. – AFP

Para pegawai di bandar utara, Darwin juga menggunakan laman sesawang media sosial untuk memberi nasihat kepada para pengguna bahawa sementara stesen polis dipaparkan sebagai “Pokestop” – lokasi tempat para pemain boleh mengambil bekalan – para pemain tidak perlu masuk untuk mendapatkan barangan.

Di Sydney dan Melbourne, tempat ‘Pokemon” begitu trending di Twitter, para pengguna merungut tentang ser-ver yang terjejas, dengan satu penghantaran ke Twitter “kumpulan soko-ngan moral apabila ‘server #pokemongo terjejas.”

“Akhirnya dunia telah menemui sesuatu untuk menjadi bersatu. Trauma bersama kami tentang penjejasan server #PokemonGo,” seorang lagi pengguna menyatakan di Twitter. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA