Pokok tertinggi dunia ditemui di Borneo

Pokok tertinggi dunia ditemui di Borneo

POKOK tropikal tertinggi di dunia telah ditemui di pulau Borneo.

Dengan memiliki ketinggian hampir 309 kaki, ia menyerupai ketinggian tiga ikan paus biru yang disusun dari hujung ke hujung. Penemuan itu diumumkan lima bulan selepas penemuan pokok meranti setinggi 294 kaki ditemui di Malaysia dianggap sebagai pokok tertinggi.

Gregory Asner dari Institusi Carnegie Sains di Universiti Stanford mendedahkan rekod pokok terbaru di Heart of Borneo pada satu persidangan 10 November lalu.

Pokok – yang tergolong dalam genus Shorea itu – berada di negeri Sabah. Ia bukan sahaja dikesan dengan keadaan berdiri, tetapi kanopinya juga mencapai diameter 132 kaki.

Penemuan pemetaan hutan Sabah itu digunakan menggunakan teknologi LIDAR di atas kapal terbang.

Pokok tropikal tertinggi di dunia telah ditemui di pulau Borneo dengan memiliki ketinggian hampir 309 kaki.
Pokok tropikal tertinggi di dunia telah ditemui di pulau Borneo dengan memiliki ketinggian hampir 309 kaki.

Asner kemudian meninjau keadaan tersebut melalui helikopter – dibiayai oleh pengarah filem James Cameron dan Program Pembangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memeriksa pokok tersebut dengan matanya sendiri.

“Pokok tropika tertinggi adalah benar-benar ungkapan luar biasa kuasa alam semula jadi,” Asner memberitahu laman web berita alam sekitar, Mongabay.

“Pemuliharaan memerlukan sumber inspirasi. Penemuan ini adalah hadiah untuk ahli sains, kepada rakyat Sabah dan Borneo dan kepada dunia.”

Pengarah Perkongsian Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara kepada laman web ini, Dr. Glen Reynolds, berkata “pokok sebesar ini dan usianya jarang dijumpai di luar hutan primer.

Asner kini bercadang untuk melawat semua pokok untuk menjalankan kajian sendiri dan mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai spesies pokok-pokok tersebut.

50 pokok tropika tertinggi dunia di Sabah

Bukan satu, dua atau tiga, tetapi 50 batang pokok tropika di Sabah, Malaysia disahkan secara rasmi oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di sini sebagai paling tinggi di dunia.

Rekod baharu itu didedahkan pakar ekologi terkenal, Greg Asner dari Carnegie Institute of Science berpusat di sini ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nadi Borneo Antarabangsa 2016 di Kota Kinabalu.

Awal tahun ini sekumpulan penyelidik antarabangsa diketuai David Coomes dari Universiti Cambridge, Britain melaporkan menjumpai sebatang pokok setinggi 89.5 meter di hutan simpan Lembangan Maliau dekat Tawau.

Ia merupakan hutan yang dilindungi pihak Jabatan Perhutanan Sabah, namun rekod itu dipintas hasil penemuan terkini dijalankan pasukan Asner pada Mei lalu di kawasan hutan berbukit Lembah Danum dekat Lahad Datu.

Pokok raksasa terbaru itu didapati mencecah ketinggian 94.1 meter dan lebih menarik lagi apabila kumpulan penyelidik berkenaan turut menemui sebanyak 49 batang pokok lain yang mencapai ketinggian hampir sama.

Ini menyaksikan kesemua 50 batang pokok tropika itu lebih tinggi sedikit daripada patung ikonik mercu tanda terkenal bandar raya New York di Amerika Syarikat (AS), Statue of Liberty yang berketinggian kira-kira 93 meter.

Gregory Asner mendedahkan rekod pokok terbaru itu di Heart of Borneo pada persidangan 10 November lalu.
Gregory Asner mendedahkan rekod pokok terbaru itu di Heart of Borneo pada persidangan 10 November lalu.
Terdapat 50 batang pokok tropika di Sabah, Malaysia disahkan secara rasmi oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di sini sebagai paling tinggi di dunia.
Terdapat 50 batang pokok tropika di Sabah, Malaysia disahkan secara rasmi oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di sini sebagai paling tinggi di dunia.

Rekod pokok paling tinggi di dunia bagaimanapun masih lagi dipegang spesies Hyperion, Helios dan Icarus yang masing-masing setinggi 115 meter, 114 meter dan 113 meter di Taman Negara Redwood, utara California, AS.

Asner dalam pada itu menyatakan, saiz pemeluk atau ukur lilit kesemua pokok tropika berkenaan sekitar 40 meter, sekali gus menggambarkan betapa lamanya usia hutan di kawasan tersebut yang tidak pernah diteroka manusia.

Pasukannya menggunakan sebuah pesawat Carnegie Institute of Science Airborne Observatory yang dilengkapi dengan laser canggih untuk menjalankan kerja pengukuran pokok di hutan Sabah.

Sepasukan pengkaji dari Universiti Cambridge percaya mereka menemui pokok hutan hujan tropika yang tertinggi di dunia di Lembangan Maliau Basin, sebuah kawasan konservasi hutan berkeluasan hampir 600 km persegi di Sabah.

Jurnal New Scientist melaporkan pokok Meranti Kuning itu, atau nama saintifiknya shorea faguetiana, berukuran 89.5 meter tinggi, hampir sama tinggi dengan menara jam Big Ben di London.

Ketinggian itu juga memecah rekod sebelum ini bagi kategori pokok tropika.

Bagaimanapun, pokok tertinggi di dunia berukuran 115 meter adalah di Taman Negara Redwood, California, di mana pokok di kawasan ini kebiasaannya mencecah 30 meter lebih tinggi daripada pokok tropika.

Pokok di Sabah itu dikesan pengimbas laser yang dipasang pada pesawat dinaiki pengkaji David Coomes dan rakan-rakannya, ketika mereka menjalankan penggambaran 3D bagi pemetaan biodversiti kawasan Maliau Basin.

New Scientist melaporkan seorang pendaki pokok tempatan ditugaskan naik sehingga ke puncak pokok itu dengan membawa pita pengukur. Beliau kemudian menghantar pesanan ringkas telefon bimbit kepada pasukan Coomes: “Saya tidak sempat mengambil gambar dengan camera yang bagus kerana seekor burung helang sedang cuba menyerang saya, dan juga banyak lebah berterbangan”. Pokok Meranti Kuning semakin pupus disebabkan aktiviti pembalakan oleh pengusaha minyak sawit, kata jurnal itu.