Pokok tumbang akibat dibakar

Pokok tumbang akibat dibakar

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 6 Nov – Kejadian pokok tumbang yang menyekat sebatang jalan menuju Masjid Kampung Bukit Sawat kelmarin telah menjejaskan laluan jemaah dan penduduk di sekitarnya.

Pokok besar jenis Penanasan itu turut menimpa garaj stor milik sebuah keluarga yang tinggal berdekatan masjid berkenaan.

Balai Bomba Sungai Liang yang menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2:42 petang telah mengejarkan tiga anggotanya ke tempat kejadian yang diketuai oleh anggota Bomba Kanan, Awang Hanape bin Sabli.

pg06_151107_e

Turut berada di tempat kejadian ialah Pemangku Ketua Kampung Bukit Sawat, Awang Mohamad bin Abdullah.

Menurut pihak Bomba dan Penyelamat pokok berukuran kira-kira 17 meter panjang itu tumbang kerana telah dibakar di bahagian banirnya oleh orang yang tidak bertanggungjawab, dan kerugian ke atas garaj stor yang dihempap pokok berkenaan belum dapat ditafsirkan.

ARTIKEL YANG SAMA