Poland adakan latihan ketenteraan terbesar

Poland adakan latihan ketenteraan terbesar

BRUSSELS, 7 Jun – Poland hari ini melancarkan satu latihan ketenteraan besar-besaran, satu langkah yang mungkin dapat merapatkan hubungan ketegangan lanjut dengan Rusia sebelum Warsaw menjadi tuan rumah sidang kemuncak NATO.

Antara yang menyertai latihan tersebut terdiri daripada negara-negara anggota pakatan tentera Barat yang akan mengambil bahagian dalam latihan pimpinan Poland, diberi nama kod Anakonda-16. Poland menjangka lebih 31,000 askar akan dilatih semasa acara 10 hari itu, di mana ia adalah yang terbesar pernah diadakan oleh angkatan tentera.

Berpuluh-puluh jet pejuang dan kapal-kapal tentera menga-mbil bahagian bersama-sama dengan 3,000 kenderaan. Amerika Syarikat dijangka menyediakan kontinjen terbesar tentera asing, manakala negara-negara bukan-NATO seperti Ukraine dan Georgia juga telah dijemput.

Pemimpin NATO akan mempertimbangkan penggunaan batalion ke Poland dan negara-negara Baltik – Estonia, Latvia dan Lithuania – sebagai sebahagian daripada tindak balas mereka terhadap tindakan Rusia semasa sidang kemuncak mereka di Warsaw pada Julai 8 hingga 9 Julai ini nanti.

Moscow telah berkali-kali memberi amaran bahawa peluasan ke timur NATO mengancam keselamatan negara.

Polis ketenteraan semasa upacara memberi penghormatan pada majlis perasmian latihan ketenteraan di Rembertow, semalam. Poland bersedia untuk memulakan latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah yang melibatkan rakan kongsi NATO, di tengah-tengah kebuntuan yang paling teruk di Barat dengan Rusia sejak akhir Perang Dingin. – AFP
Polis ketenteraan semasa upacara memberi penghormatan pada majlis perasmian latihan ketenteraan di Rembertow, semalam. Poland bersedia untuk memulakan latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah yang melibatkan rakan kongsi NATO, di tengah-tengah kebuntuan yang paling teruk di Barat dengan Rusia sejak akhir Perang Dingin. – AFP

Timbalan Menteri Luar, Aleksey Meshkov memberitahu agensi berita Interfax pada Khamis lalu bahawa latihan ketenteraan yang dijalankan di Poland dan latihan lainnya yang diadakan di Lithuania adalah tidak seimbang.

Beliau menuduh bahawa tujuan utama gerakan itu adalah untuk “menyemarakkan ketegangan di sepanjang sempadan Rusia.”

Latihan itu telah dilakukan di Poland setiap dua tahun sejak 2006. Beberapa negara NATO telah berminat untuk menggambarkan acara tahun ini sebagai isyarat kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, tetapi yang lain – terutamanya Jerman – lebih suka untuk meredakan ketegangan dengan Moscow.

“Dalam jangka masa panjang, kita perlu memahami bahawa Rusia adalah jiran terbesar kami,” kata Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg.

“Kita perlu bersama dengan Rusia dan kita perlu bekerja dengan Rusia.” – dpa