Poland catat sejarah

Poland catat sejarah

MARSEILLE, 22 Jun (AFP) – Jaringan separuh masa kedua pemain gantian, Jakub Blaszczykowski membolehkan Poland menempah tiket ke pusingan 16 pasukan terakhir pada Euro 2016 dan menyaksikan Ukraine pulang tanpa mengutip sebarang mata.

Kemenangan Kumpulan C di Marseille membawa Poland lebih jauh berbanding yang mereka lalui dalam Kejohanan Eropah yang lalu dan mereka akan bertemu Switzerland dalam kelompok 16 terakhir.

“Buat kali pertama dalam sejarah Poland, kami layak melepasi peringkat kumpulan Euro, kali pertama dalam tiga percubaan,” kata jurulatih, Adam Nawalka.

Blaszczykowski, 30, diletakkan di bangku simpanan, tetapi rembatan kaki kirinya tujuh minit selepas diturunkan pada separuh masa kedua menentukan perlawanan itu.

“Blaszczykowski mempunyai pengaruh hebat dalam cara kami beraksi. Dia menunjukkannya malam ini apabila diturunkan dari bangku simpanan,” kata Nawalka.

Midfield Poland, Jakub Blaszczykowski (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Ukraine di stadium Velodrome, Marseille kelmarin. – AFP
Midfield Poland, Jakub Blaszczykowski (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Ukraine di stadium Velodrome, Marseille kelmarin. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Dia meningkatkan kualiti permainan kami. Saya bergantung harap ke atasnya dalam perlawanan yang akan datang, sudah pasti dia akan bermula pada minit pertama,” tambahnya.

Dengan dua kemenangan 1-0 menentang Irelad Utara dan Ukraine, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan tanpa jaringan menentang Jerman, Poland selesai di tangga kedua dalam Kumpulan C dengan perbezaan jaringan.

Selepas tewas kepada Jerman dan Ireland, Ukraine sudah disingkirkan sebelum perlawanan di Stade Velodrome. Mereka menjadi pasukan pertama melalui lima perlawanan tanpa jaringan dalam sejarah Euro.

Dengan pasukan Mykhailo Fomenko mempertaruhkan kebanggaan dan peluang untuk mengungguli Kumpulan C, kedua-dua pasukan melakukan asakan dari awal.

Dua penyerang Poland, Arkadiusz Milik dan Robert Lewandowski masing-masing mendapat peluang lebih awal, bintang Bayern Munich itu merembat voli jelas daripada dua peluang yang hanya menggegarkan palang gawang Andriy Yatov.

Andriy Yarmolenko dari Ukraine hampir menjaringkan gol pada suku jam perlawanan tetapi sepakannya terlalu ketika berdepan satu lawan satu dengan Lukasz Fabianski.

ARTIKEL YANG SAMA