Poland fokus Jerman

Poland fokus Jerman

UEFA-Euro-2016-Logo

PARIS, 15 Jun (AFP) – Permusuhan lama dan memori yang segar menghantui Jerman apabila mereka kembali ke Stade de France di Paris untuk menghadapi Poland yang tidak asing dalam pertemuan penting Euro 2016 tujuh bulan selepas terjejas dalam serangan pengganas di Paris November lalu.

Die Mannschaft dipaksa menghabiskan masa trauma di bilik persalinan di stadium kebangsaan Perancis apabila siri serangan pengganas di seluruh Paris meragut 130 jiwa pada malam ketika mereka menentang Perancis dalam satu perlawanan persahabatan.

Letupan besar boleh didengari ketika perlawanan apabila tiga penyerang nekad gagal memasuki stadium sebelum meledakkan diri di luar dan membunuh seorang lelaki.

Pertahanan Jerman Jerome Boateng yang berada dalam pasukan juara dunia pada malam tersebut, mencetuskan keributan apabila mengumumkan isteri dan anak kembar mereka berusia lima tahun tidak akan membuat perjalanan ke Perancis untuk menyaksikannya beraksi kerana dia percaya “risiko terlalu besar.”

Bagaimanapun, Boateng menegaskan Jerman tidak merasa takut kembali mereka ke Paris ketika mereka dilihat mengukuhkan cengkaman dalam Kumpulan C.