Poland kecewakan Ireland Utara

Poland kecewakan Ireland Utara

NICE, Perancis, 13 Jun (AFP) – Pemain penyerang Poland, Arkadiusz Milik mengecewakan Ireland Utara semalam selepas meledakkan satu-satunya jaringan dalam kemenangan 1-0 bagi perlawanan pembukaan Kumpulan C Euro 2016 mereka yang berlangsung di Nice.

Poland belum pernah memenangi sebarang perlawanan sebelum ini di Kejohanan Eropah, dengan tiga seri dan tiga kalah bagi dua kemunculan pada 2008 dan 2012 perlawanan yang mereka anjurkan bersama dengan Ukraine. Sekarang mereka boleh bersedia bagi pertemuan negara jiran, Jerman di Stade de France pada 16 Jun dengan tumpuan ke atas kelompok 16 terakhir.

“Kami telah bersedia bertemu mereka buat masa lama, kami bersedia untuk memenangi persaingan menentang Jerman,” kata jurulatih Poland, Adam Nawalka.

“Ia baru permulaan, perlawanan seterusnya akan menunjukkan bahawa kami boleh beraksi lebih baik lagi,” kata pemain terbaik, Grzegorz Krychowiak.

Aksi kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. – AFP
Aksi kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Pada hari apabila bintang dari Poland, Robert Lewandowski dikawal ketat oleh Ireland Utara, pemain selebihnya bersedia bagi tugasan itu, dengan pemain midfield Sevilla, Krychowiak menyerlah dalam peranan pemain utama.

“Pasukan sedar bahawa kami tidak akan menangi sebagai individual tetapi boleh mencapai sesuatu seperti 23 pemain dalam skuad,” kata Krychowiak, yang juga beraksi dalam memenangi gelaran Liga Europa bersama Sevilla pada bulan lalu.

“Pasukan ini adalah kolektif,” tambah Nawalka. Keputusan itu menjejaskan harapan pra perlawanan Ireland Utara bagi layak dari kumlulan sukar sebagai salah satu dari empat pasukan tiga terbaik, dengan kemenangan sekarang dilihat penting menentang Ukrain di Lyon pada hari yang sama.

Pasukan kendalian Nawalka mendominasi perlawanan tetapi memerlukan masa untuk merobek pertahanan kental, jaringan awal Milik pada separuh masa kedua hadir selepas beberapa peluang terlepas pada separuh masa pertama.