Poland larang sarkas haiwan

Poland larang sarkas haiwan

WARSAW, 20 Jan – Pihak berkuasa bandar raya ini melarang sarkas bergerak yang membawa haiwan untuk membuat persembahan di padang awam, kata Datuk Bandar Warsaw, Hanna Gronkiewicz-Waltz.

Gronkiewicz-Waltz berkata, larangan itu berikutan ‘bantahan masyarakat’ terhadap penggunaan haiwan dalam sarkas dan ia tidak termasuk acara yang diadakan di atas tanah persendirian.

“Kami mahu menunjukkan contoh yang baik membabitkan hubungan manusia dan haiwan. Penggunaan haiwan untuk tujuan hiburan mencetuskan lebih banyak kontroversi bukan saja di Poland tapi di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sarkas haiwan sudah dilarang di beberapa bandar lain di Poland termasuk Wroclaw di barat dan Slupsk di utara serta negara lain seperti Mexico yang menguatkuasakannya pada tahun lalu.

England turut mengikut jejak yang sama apabila melarang penggunaan haiwan dalam sarkas bergerak. Poland turut melarang penggunaan haiwan yang lahir dalam hutan belantara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA