Polar bidas tahanan pekerja Pepsi

Polar bidas tahanan pekerja Pepsi

CARACAS, 20 Dis (Reuters) – Beberapa pekerja Pepsi-Cola Venezuela telah ditahan dalam cara ‘sewenang-wenangnya’ selepas menghentikan operasi di sebuah kilang kerana kekurangan bahan mentah, menurut sebuah syarikat makanan Empresas Polar, yang memiliki operasi Pepsi tempatan.

Presiden Nicolas Maduro telah menuduh Polar, pengeluar makanan dan minuman terbesar negara, kerana memperlahankan pengeluaran atau menyorok barangan untuk merangsang kekurangan produk dalam ekonomi negara OPEC itu. Polar menyangkal dakwaan tersebut.

Syarikat berkata menerusi Twitter bahawa pemeriksa kementerian menahan pekerja dan mengarah kilangnya di bandar Caucagua di negeri tengah Miranda diaktifkan semula.

“Kami mengecam penahanan pekerja di kilang Pepsi-Cola Vzla Caucagua,” kata syarikat menerusi laman Twitter,

berjanji akan mempertahan pekerjanya menerusi undang-undang. “Dalam kes Kilang Caucagua, kami tidak mempunyai bahan mentah yang mencukupi.”

Syarikat berkata pengeluaran telah dihentikan disebabkan penangguhan dalam sistem kawalan mata wang negara yang menyebabkannya tidak dapat mengimport bahan mentah yang diperlukan. Ia tidak memberi butir-butir lanjut.

Reuters gagal mendapatkan komen daripada kerajaan.

Media Venezuela melaporkan pemeriksa kementerian pekerja serta polis tempatan mengarah penahanan pengurus, dua pekerja sumber manusia dan seorang peguam di kilang tersebut.

Maduro telah menggambarkan kekurangan produk yang teruk di negara sebagai produk “perang ekonomi” dipimpin oleh pemimpin pembangkang dan syarikat swasta.

Pengkritik beliau berkata kawalan mata wang telah menyebabkan syarikat gagal mendapatkan alat ganti mesin import dan bahan mentah sementara kawalan harga telah menjadikannya merugikan untuk menghasilkan kebanyakan barangan pengguna asas.