Polis, ABDB adakan latihan

Polis, ABDB adakan latihan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan menjalankan latihan bersama selama dua hari, bermula esok di beberapa batang jalan di ibu negara.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Jalan Kianggeh, Jalan Simpang, Jalan Haji Besir, Jalan McArthur, Jalan Taman Jubli dan Jalan Sultan, di mana latihan akan bermula dari 11:30 malam hingga 2 pagi.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya hari ini, menasihatkan orang ramai yang tinggal berdekatan supaya tidak menghampiri kawasan tersebut dan tidak merasa cemas kerana latihan akan menggunakan bahan letupan.

ARTIKEL YANG SAMA