Polis agih poster sempena ulang tahun ke-95

Polis agih poster sempena ulang tahun ke-95

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini mengagih-agihkan poster kepada Penghulu-penghulu dan wakil Jabatan dalam satu Majlis Pelancaran dan Penyerahan Poster Sempena Sambutan Hari Polis ke-95 Tahun 2016 yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Gadong.

Penyampaian poster disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor bersama Penguasa Kanan Polis, Pengiran Haji Zainal Abidin bin Pengiran Haji Mohd Yassin selaku Pengerusi Sambutan Hari Polis ke-95.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam serta penghulu-penghulu mukim, pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan dan pegawai-pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei serta jemputan khas.

Antara acara sempena Sambutan Hari Polis ke-95 Tahun 2016 ini ialah Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil, Doa Arwah dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Polis ke-95 Tahun 2016 pada 31 Disember 2015 dan upacara Perbarisan Sambutan Hari Polis ke-95 Tahun 2016 yang akan diadakan pada Januari ini.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor menyampaikan Poster Sempena Sambutan Hari Polis ke-95 tahun 2016 kepada salah seorang penghulu di Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

Dato Paduka Seri Haji Bahrin bersama Pengiran Haji Zainal Abidin ketika menyempurnakan majlis pengagihan poster tersebut.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin bersama Pengiran Haji Zainal Abidin ketika menyempurnakan majlis pengagihan poster tersebut.
Sebahagian anggota polis yang hadir pada majlis tersebut.
Sebahagian anggota polis yang hadir pada majlis tersebut.
Anggota polis wanita bergambar bersama poster polis sempena Sambutan Hari Polis ke-95 tahun 2016.
Anggota polis wanita bergambar bersama poster polis sempena Sambutan Hari Polis ke-95 tahun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA