Polis ambil tindakan undang-undang kes bot karam

Polis ambil tindakan undang-undang kes bot karam

DA NANG, 7 Jun – Jabatan Siasatan Polis Da Nang memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam insiden bot karam di Sungai Han pada malam Sabtu dan mengakibatkan tiga orang maut, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA). Bot Thao Van 2, yang membawa 56 orang (tiga anak kapal dan 53 penumpang, termasuk empat rakyat Malaysia) terbalik di lokasi antara Jambatan Han dan Jambatan Thuan Phuoc lima minit selepas meninggalkan dermaga.

Seramai 53 orang diselamatkan dan mayat mangsa yang maut dijumpai pada petang Ahad. Mereka ialah Pham Tan Cuong, 46, dari Binh Dinh serta dua beradik iaitu Trinh Kim Phuong, 7, dan Trinh Tien Huy, 4, dari wilayah Bac Kan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA