Polis anjur aktiviti keagamaan sempena Hari Polis Ke-95

Polis anjur aktiviti keagamaan sempena Hari Polis Ke-95

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Sempena Sambutan Hari Polis ke-95, Daerah Polis Temburong telah mengungkayahkan aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Islam Semamang, Pekan Bangar, Daerah Temburong, baru-baru ini.

Menghadiri aktiviti tersebut ialah Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Reynold @ Daniell Chin, anggota Balai Polis Bangar dan Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong, ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Mukim Bangar, Penghulu Mukim Bangar, selaku Penasihat PK, Haji Abdul Rahman bin Merusin, Ketua Kampung Menengah, selaku Pengerusi PK Kampung Menengah/Sungai Tanit/ Sungai Suluk/Sungai Tanam, Mejar(B) Ampuan Hussain bin Ampuan Mattahir @ Awang, dan Ketua Kampung Batang Tuau, selaku Pengerusi PK Kampung Batang Tuau/Seri Tanjong Belayang, Haji Jainih @ Zaini bin Haji Tahir.

Antara yang hadir semasa majlis bacaan Surah Yasin dan Tahlil.
Antara yang hadir semasa majlis bacaan Surah Yasin dan Tahlil.
Antara yang menyertai aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Islam Semamang.
Antara yang menyertai aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Islam Semamang.

Aktiviti berkenaan turut dibantu oleh dua orang ahli sukarelawan Pengakap Daerah Temburong dan juga anggota dari Pasukan Simpanan Kompeni C Polis Cawangan Daerah Temburong.

Selesai aktiviti membersihkan tanah perkuburan tersebut, majlis diselajurkan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Mejar(B) Ampuan Hussain yang diadakan di pondok kawasan tanah perkuburan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA