Polis Arab Saudi ditembak di kampung ulama Syiah

Polis Arab Saudi ditembak di kampung ulama Syiah

RIYADH, 4 Jan (AFP) – Anggota polis Arab Saudi ditembak lewat malam tadi di kampung halaman ulama Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr yang dihukum mati, menurut agensi berita rasmi negara, SPA.

Pasukan keselamatan sedang memburu suspek yang bertanggungjawab melakukan ‘tindakan ganas berkenaan’, lapor SPA yang memetik jurucakap polis di Wilayah Timur yang kaya dengan sumber minyak itu.

Hukuman mati ke atas al-Nimr, 56, kelmarin mencetuskan ketegangan di Asia Barat dengan Iran menyatakan kutukan dan kedutaan Arab Saudi di negara majoriti Syiah itu diserang.

Tunjuk perasaan dan bantahan umat Islam Amerika terhadap pelaksanaan hukuman mati ulama Syiah Nimr Al-Nimr di Arab Saudi semasa perhimpunan di Daerbon, Michigan. – Reuters
Tunjuk perasaan dan bantahan umat Islam Amerika terhadap pelaksanaan hukuman mati ulama Syiah Nimr Al-Nimr di Arab Saudi semasa perhimpunan di Daerbon, Michigan. – Reuters