Polis AS bunuh lebih dua orang sehari

Polis AS bunuh lebih dua orang sehari

WASHINGTON, 31 Mei (AFP) – Polis AS telah membunuh pada kadar lebih dua orang sehari tahun ini, satu tahap yang jauh lebih tinggi daripada pengiraan biasa persekutuan, lapor Washington Post hari ini.

Akhbar itu menjejaki pembunuhan itu di seluruh Amerika kerana jabatan polis setempat tidak diperlukan memfailkan laporan kepada kerajaan persekutuan, bermakna statistik seluruh negara adalah tidak lengkap atau tidak ada.

Post mendapati setakat tahun ini kira-kira 385 orang telah ditembak dan dibunuh oleh polis di seluruh AS – satu kadar lebih dua orang sehari.

Kadar itu jauh lebih tinggi daripada yang dihitung dalam tempoh dekad lalu oleh kerajaan persekutuan, yang mesti bergantung pada data tidak lengkap kerana keperluan laporan sukarela.

Post menemui kebanyakan pembunuhan itu berpunca daripada interaksi kecil antara polis dan anggota masyarakat yang berlarutan menjadi tiba-tiba ganas.

Dalam satu kes, misalnya polis di bandar Florida, Miami Garden telah membunuh seorang lelaki yang menghidap penyakit skizofrenia yang mengayunkan penyapu. Ibunya telah menghubungi pihak polis kerana tidak dapat memujuknya agar masuk ke dalam rumah kerana cuaca di luar sejuk.

Penghitungan itu dibuat ketika perdebatan kebangsaan diadakan yang berkisar tentang tahap mana polis menggunakan keganasan berbahaya.