Polis AS disyaki bunuh tahanan

Polis AS disyaki bunuh tahanan

TEXAS, 22 Julai – Video kamera papan pemuka (dashboard) dikeluarkan kelmarin melibatkan perhentian trafik di Texas yang melibatkan seorang wanita yang kemudiannya didapati mati di dalam sel penjaranya menunjukkan bagaimana insiden tersebut secara cepat menjadi perbalahan antaranya dan seorang polis negara.

Sandra Bland, 28, wanita kulit hitam dari kawasan Chicago, ditahan ke tepi jalan pada 10 Julai di Prairie View, Texas, barat laut Houston atas kesalahan tidak memberikan isyarat lampu ketika menukar laluan.

Video selama 52 minit itu, dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Awam Texas, menunjukkan polis tersebut, Brian Encinia, menghampiri kereta tersebut dan bertanya jika Brand berasa marah. Bland membalas dia kesal kerana ditahan disebabkan masalah yang tidak seberapa.

Selepas melakukan pemeriksaan pada sejarah pemanduan Bland, polis tersebut kembali dan meminta dia untuk memadamkan rokoknya, yang mana dia enggan membuat, mengatakan dia mempunyai hak untuk merokok di dalam kenderaannya sendiri.

Pada saat itu, video tersebut menunjukkan Encinia mendesak supaya dia keluar dari kereta kemudian cuba untuk menariknya keluar. Dia kemudian mengeluarkan Taser dan menjerit: “Saya akan menyalakan kamu.”

Paparan gambar dari video dashboard kereta polis yang telah dikeluarkan yang membawa kepada penahanan wanita yang dikatakan membunuh diri itu. – Reuters
Paparan gambar dari video dashboard kereta polis yang telah dikeluarkan yang membawa kepada penahanan wanita yang dikatakan membunuh diri itu. – Reuters

Bland bertanya sekurang-kurangnya 10 kali tentang kenapa dia ditahan dan atas kesalahan apa sebelum Encinia membalas dia menentang untuk ditahan.

Dia didengar memberitahu polis tersebut: “Saya tidak sabar sehingga kita berjumpa di mahkamah.”

Bland, yang kemudiannya dibawa untuk ditahan dan kemudian didakwa atas kesalahan menyerang pegawai polis, dijumpai tergantung di sel tahanannya dengan beg plastik sampah sekeliling lehernya tiga hari selepas itu.

Kematiannya pada awalnya diputuskan sebagai perbuatan bunuh diri. Tetapi keluarganya, sementara mengakui bahawa Bland sebelumnya mempamerkan satu video mengatakan dia sedang bergelut dengan masalah kemurungan, telah menolak idea dia membunuh diri. Ahli keluarganya berkata dia berasa teruja tentang memulakan kerja barunya di Universiti A&M Prairie View.

Peguam Daerah Waller Elton Mathis berkata Isnin lalu dia akan menyiasat kematiannya sebagai satu pembunuhan. Polis tersebut, Encinia, telah diletakkan bertugas di pejabat atas kesalahan menyalahi protokol dalam penahanan itu, menurut pegawai.

Penunjuk perasaan telah melakukan satu bantahan di luar penjara di mana Bland mati dan kesnya telah dinaikkan oleh para aktivis yang mengatakan ini adalah contoh terbaru perbezaan kaum berat sebelah dan kekerasan oleh penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS). Polis yang terlibat dalam insiden ini adalah kulit putih. –

Keluarga Bland telah dipanggil untuk bedah siasat bebas dan penglibatan oleh Jabatan Keadilan AS dalam menyiasat punca kematiannya. Satu tanda peringatan untuk Bland telah diadakan di Prairie View A&M semalam yang dihadiri oleh kira-kira 300 orang. – Reuters