Polis AS tembak warga cetus kemarahan

Polis AS tembak warga cetus kemarahan

WASHINGTON, 7 Julai – Para penyiasat hak asasi kemanusiaan persekutuan akan menyiasat penembakan mati seorang lelaki kulit hitam oleh pihak polis di Baton Rouge, Louisana, menurut para pegawai semalam, ketika datuk bandar bagi bandar Amerika Syarikat (AS) dan ketua polis bandar itu digesa untuk meletak jawatan.

Kematian Alton Sterling, 37, ayah kepada lima orang anak di luar kedai serba guna telah dirakamkan melalui video telefon pintar, yang mencetuskan bantahan di bandar itu dan kemarahan di seluruh negara berhubung kes terbaru tentang kekejaman polis ke atas tersangka yang berkulit hitam.

Penembakan itu berlaku sebelum perbicaraan yang diikuti secara dekat di Baltimore bagi seorang pegawai yang didakwa atas kematian Freddie Gray, seorang lelaki kulit hitam yang mengalami patah tulang belakang di dalam van polis.

Sterling ditembak mati pada awal Selasa lalu selepas seo-rang pemanggil yang namanya tidak diketahui memberitahu polis bahawa mereka telah diancam oleh seorang lelaki bersenjatakan senapang, menurut polis. Peguam keluarganya berkata Sterling hanya menjual CD di luar kedai serba guna, dengan kebenaran pemilik kedai itu.

Penunjuk perasaan berdiri di atas kereta semasa mereka berkumpul di N. Foster Dr dan Fairfields Ave., sebuah lokasi kedai serbaneka di Baton Rouge, La., Rabu lalu. - AP
Penunjuk perasaan berdiri di atas kereta semasa mereka berkumpul di N. Foster Dr dan Fairfields Ave., sebuah lokasi kedai serbaneka di Baton Rouge, La., Rabu lalu. – AP

Para pegawai merayu untuk aman dan menjanjikan penyiasatan yang telus. Dengan menyifatkan video itu ‘membimbangkan’, Gabenor Louisiana, John Bel Edwards berkata pihak berkuasa persekutuan akan mengambil alih penyiasatan itu, yang diketuai oleh divisyen hak asasi awam Jabatan Keadilan.

“Saya sangat bimbang,” Edwards memberitahu sidang media di Baton Rouge. “Video itu membimbangkan,” Edwards berkata apabila dia bercakap di Rumah Putih dan merancang menemui ketua-ketua masyarakat untuk merayu bagi ketenangan.

Para pegawai Baton Rouge mengenal pasti para pegawai yang terlibat sebagai Blane Salamoni dan Howie Lake II. Kedua-dua mereka telah diberikan cuti sementara, menurut prosedur, sementara menantikan keputusan penyiasatan. – AFP