Polis Australia rampas 215kg dadah

Polis Australia rampas 215kg dadah

MELBOURNE, 27 Mei – Seramai 14 warga asing bakal didakwa di Australia selepas polis berjaya melakukan rampasan dadah terbesar dalam sejarah di Barat Australia (WA), lapor agensi berita China Xinhua pada Jumaat.

Dadah jenis methamphetamine seberat 215 kilogram yang juga dikenali sebagai “ice” berjaya dirampas oleh polis WA selepas menyerbu dua buah rumah di Perth pada pagi Jumaat. Nilai rampasan dianggarkan bernilai AS$150 juta. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA