Polis Austria...

Polis Austria tangkap 26 suspek jenayah

VIENNA, 20 April – Para pegawai penguatkuasa undang-undang Austria berkata 26 anggota sebuah gerakan rakyat demokrasi telah ditahan kerana disyaki antara mereka yang merancang untuk menculik orang untuk dijadikan sebagai tebusan dan menjadikan mereka sebagai ‘percubaan.’

Polis menahan suspek hari ini dalam satu serbuan di seluruh perumahan ahli-ahli ‘Negeri Kesatuan Austria,’ yang enggan mengiktiraf kesahihan atau pihak berkuasa Republik Austria.

Jurucakap Pendakwa, Christian Kroschl berkata tangkapan itu diikuti ancaman terhadap ahli-ahli politik tempatan, hakim dan pekerja bank.

Suspek dituduh terlibat dalam menyertai organisasi subversif, menentang pihak berkuasa negeri, paksaan, ugutan dan mengeluarkan ancaman. – AP