Polis bakal dakwa sebelas aktivis Thailand

Polis bakal dakwa sebelas aktivis Thailand

BANGKOK, 21 Dis (Reuters) – Polis Thailand hari ini mereka akan mendakwa 11 orang aktivis yang cuba mengadakan bantahan berhubung dakwaan kononnya wujud skandal rasuah dalam projek pembinaan sebuah taman oleh kerajaan tentera. Berpuluh-puluh aktivis pelajar diberkas pada 7 Disember ketika cuba membantah menentang amalan rasuah oleh tentera selepas sebuah kereta api yang mereka naiki untuk perjalanan ke taman itu dihalang. – Reuters

Polis dan tentera menahan pelajar-pelajar terbabit sebelum mereka dapat berkumpul di luar Taman Rajabhakti yang menelan kos berjuta-juta solar, yang dibina di bandar peranginan tepi pantai Hua Hin di selatan Bangkok dan mendedikasikannya kepada raja. Mereka kemudiannya dibebaskan.

Projek pembinaan taman itu menjadi tumpuan dakwaan skandal rasuah dan pembaziran dana yang mampu mengancam junta.

ARTIKEL YANG SAMA