Polis Bangladesh menahan 7 militan, termasuk 4 Pakistan

Polis Bangladesh menahan 7 militan, termasuk 4 Pakistan

DHAKA, 8 Nov (Reuters) – Polis di Bangladesh telah menahan tujuh suspek militan termasuk empat orang dari Pakistan yang dipercayai ahli kumpulan militan yang diharamkan Jama’atul Mujahideen Bangladesh (JMB), seorang polis kanan berkata kelmarin.

Mereka telah ditahan di kawasan lapangan terbang ibu negeri Dhaka. Polis berkata mereka telah mendapat buku-buku jihad, cakera padat, empat pasport Pakistan, beberapa telefon bimbit dan ribuan rupee Pakistan.

“Warga-warga Pakistan itu telah terlibat dalam perniagaan mata wang palsu ke beberapa aktiviti keganasan kewangan di Bangladesh,” kata Monirul Islam, pesuruhjaya bersama cawangan detektif polis.

Polis mengesyaki kesemua yang ditahan itu merupakan ahli-ahli aktif JMB dan mereka telah berkumpul untuk membuat rancangan-rancangan masa depan dan membina semula rangkaian mereka, Islam memberitahu pemberita.

“Sekarang kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka terlibat dengan serangan-serangan terbaru dan pembunuhan di negara ini.”

Dia berkata mereka mempunyai pasport-pasport yang masih sah dan menurut dokumen-dokumen itu mereka telah melawat Bangladesh secara kerap.

ARTIKEL YANG SAMA