Polis Bangladesh serbu pejabat laman web, tahan jurnalis

Polis Bangladesh serbu pejabat laman web, tahan jurnalis

DHAKA, 8 Ogos – Polis Bangladesh telah menyerbu pejabat laman berita dan menahan tiga jurnalis berhubung laporan desas-desus anak lelaki perdana menteri telah meninggal dunia, menurut pegawai hari ini, beberapa hari selepas negara itu menyekat puluhan laman berita.

Polis melancarkan lima jam pencarian pejabat portal berita popular banglamail.24.com Dhaka pada malam kelmarin, beberapa jam selepas kisah itu tersebar, dan menahan editor eksekutif dan dua jurnalis lain.

Portal itu melaporkan khabar angin yang disiarkan dalam laman Facebook bahawa Sajeeb Wazed Joy telah meninggal dunia dalam nahas pesawat, namun jelasnya ia adalah berita palsu.

“Kami telah membawa mereka untuk disoal siasat tentang berita yang mereka telah siarkan itu,” kata Mufti Mahmud Khan, jurucakap bagi elit Rapid Action Battalion, yang menjalankan serbuan ke atas pejabat berkenaan.

“Selepas siasatan berakhir, kami akan memberitahu anda mengenainya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA