Polis Belait anjur ceramah Nuzul Al-Quran

Polis Belait anjur ceramah Nuzul Al-Quran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 6 Julai – Badan Ugama Daerah Polis Belait telah menganjurkan Majlis Ceramah Agama bersempena Sambutan Nuzul Al-Quran berlangsung di Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait Lorong 14 Panaga di sini hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Penguasa Polis, Awang Mohammad Amiruddin bin Haji Tunjang, hadir sama ialah seramai kira-kira 50 orang terdiri daripada kalangan pegawai-pegawai serta ahli-ahli pangkat rendah Daerah Polis Belait dan juga ahli Daerah Polis Tutong.

Ceramah bertajuk “Nuzul Al-Quran dan bila Al-Quran diturunkan, serta mengenai Lailatul Qadar” telah disampaikan oleh Pegawai Unit Kursus Islamiah, Penyebaran Dakwah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Anwari bin Haji Rawee.

Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Daerah Polis Belait, dengan tujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain, dan juga untuk menambahkan pengetahuan tentang sejarah turunnya Al-Quran dan kesedaran terhadap pentingnya amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan sebagai panduan hidup setiap penganut ugama Islam.

Ia juga adalah sebagai menyemarakkan bulan Ramadan dengan mengadakan aktiviti yang menjurus ke arah memperbanyakkan pengetahuan keagamaan, dan amalan-amalan yang berkebajikan.

Antara yang menghadiri Majlis Ceramah Agama sempena Sambutan Nuzul Al-Quran diadakan di Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait.
Antara yang menghadiri Majlis Ceramah Agama sempena Sambutan Nuzul Al-Quran diadakan di Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait.
Ceramah disampaikan oleh Haji Anwari.
Ceramah disampaikan oleh Haji Anwari.

ARTIKEL YANG SAMA