Polis Belait memeduli 22 anak yatim

Polis Belait memeduli 22 anak yatim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 8 Julai – Seramai 22 orang anak yatim warga pasukan polis menerima sumbangan derma pada Majlis Penyerahan Sumbangan Derma Anak-Anak Yatim yang berlangsung di Dewan Serba Guna R U Kompeni Ibu Pejabat Polis Belait Panaga, hari ini.

Sumbangan daripada Badan Kebajikan dan Sukan Cawangan E dan Pekerti Cawangan E Daerah Polis Belait dan Daerah Polis Tutong, itu telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Supt Ariffin bin Haji Jafaruddin, selaku tetamu kehormat majlis.

Antara tujuan majlis diadakan adalah untuk memastikan kebajikan anak-anak yatim pasukan polis akan terus terpelihara, selain membantu meringankan beban perbelanjaan mereka dalam membuat persiapan menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang kira-kira seminggu lagi.

Penyampaian sumbangan derma anak-anak yatim pasukan polis telah disampaikan oleh Supt Ariffin.
Penyampaian sumbangan derma anak-anak yatim pasukan polis telah disampaikan oleh Supt Ariffin.

pg04_150709_c

ARTIKEL YANG SAMA