Polis bergelut dengan pemain ‘Pokemon Go’

Polis bergelut dengan pemain ‘Pokemon Go’

TAIPEI, 24 Ogos – Polis sedang bergelut untuk mengawal orang ramai di sebuah taman mata air panas di Taiwan yang telah menjadi pusat untuk pemain Pokemon Go setelah memperoleh reputasi sebagai satu tempat untuk menangkap makhluk luar biasa.

Taman yang biasanya lengang di Beitou, di luar ibu negara Taipei, telah dibanjiri dalam beberapa hari ini oleh penggemar aplikasi permainan peranti yang amat popular itu.

Pokemon Go telah mencetuskan kegilaan global sejak dilancarkan pada bulan lalu tatkala pengguna memburu watak kartun alam maya yang disertai lokasi dunia sebenar menggunakan teknologi reality.

Polis kini terpaksa mengubah haluan lalu lintas sekitar taman Beitou dan membawa masuk tenaga manusia tambahan untuk mengawal orang ramai, kata mereka pada minggu ini.

Satu video tidak sah yang nampaknya menunjukkan beribu-ribu orang bergegas melintas satu persimpangan isyarat lampu di Beitou, jelasnya mengejar Pokemon, tersebar pada minggu ini.

Pemain tempatan bermain ‘Pokemon Go’ di Taman Beitou di Taipei pada 23 Ogos 2016. Polis terpaksa bergelut untuk mengawal orang ramai di taman tersebut setelah memperoleh reputasi sebagai satu tempat untuk menangkap makhluk luar biasa. – AFP
Pemain tempatan bermain ‘Pokemon Go’ di Taman Beitou di Taipei pada 23 Ogos 2016. Polis terpaksa bergelut untuk mengawal orang ramai di taman tersebut setelah memperoleh reputasi sebagai satu tempat untuk menangkap makhluk luar biasa. – AFP

Polis berkata mereka telah menurun muat aplikasi ‘Go Radar’, yang digunakan oleh pemain untuk mengesan Pokemon, untuk meramalkan di mana orang ramai akan berkumpul.

Pada malam semalam, beratus orang daripada semua peringkat umur mengerumuni taman, kata seorang jurugambar AFP.

Orang ramai meluru masuk dari satu arah apabila seseorang menjerit “Dragonite! Dragonite!” – nama Pokemon yang dianggap sukar untuk ditangkap.

Yang lainnya bermain permainan itu ketika menunggang skuter mereka.

Sejumlah 474 denda lalu lintas telahpun dikeluarkan sekitar taman Baitou sejak dua minggu lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA