Polis berjaya gagalkan serangan bom di stesen bas

Polis berjaya gagalkan serangan bom di stesen bas

PESHAWAR, Pakistan, 21 Jan – Polis mengatakan mereka telah menangkap seorang lelaki yang menanam sebiji bom di stesen bas yang penuh sesak di bandar Peshawar barat laut Pakistan hari ini, sehari selepas lelaki bersenjata Taliban menyerang universiti berhampiran, mengorbankan 21 orang.

“Kami menangkap seorang lelaki yang menanam sebiji bom di Perhentian Bas Peshawar,” pegawai polis kanan Rokhan Zeb memberitahu AFP.

Pasukan penghapusan bom dengan selamat menyahaktifkan, katanya, menambah bahawa kira-kira 2,000 orang berada berhampiran perhentian bas itu apabila alat berkenaan ditemui.

“Satu bencana besar telah dihindarkan akibat tindakan kewaspadaan polis, jika bom meletup ia mungkin telah membunuh dan mencederakan banyak jiwa,” kata Zeb. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA