Polis bertahl...

Polis bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Sempena Hari Polis ke-96 tahun, Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan Al-Marhummah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, hari ini.

Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam dan turut dihadiri Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

Bacaan tahlil di majlis itu telah dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir.

Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan salah satu acara yang disusun sempena sambutan tersebut.

Tema Sambutan Hari Polis tahun ini adalah ‘Perpaduan dan Keharmonian Mengukuhkan Keamanan’.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy menghadiri majlis bertahlil Pasukan Polis Diraja Brunei di Kubah Makam Diraja.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy menghadiri majlis bertahlil Pasukan Polis Diraja Brunei di Kubah Makam Diraja.
Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan antara acara disusun sempena Sambutan Hari Polis ke-96 tahun.
Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan antara acara disusun sempena Sambutan Hari Polis ke-96 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA