Polis bertahlil di KubahPolis bertahlil di Kubah

Polis bertahlil di KubahPolis bertahlil di Kubah

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei, hari ini, telah mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri pengiran Anak Damit bersempena Sambutan Hari Polis ke-95.

Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

Majlis tersebut telah dikepalai oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan salah satu acara yang telah disusun sempena Sambutan Hari Polis ke-95, dengan acara kemuncak majlis perbarisan yang akan diadakan pada 15 Januari 2016 di Pusat Latihan Polis, Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Tetamu kehormat dan pegawai polis bertahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena Sambutan Hari Polis ke-95.

ARTIKEL YANG SAMA