Polis Brunei-Singapura adakan latihan

Polis Brunei-Singapura adakan latihan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan bahawa ia mengadakan latihan dua hala bersama Polis Republik Singapura, BRUSING XXIV bermula hari ini sehingga 23 Mac ini.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya di sini hari ini, menjelaskan latihan dua hala itu diadakan di Tapak Latihan Meriam Kem, Kampung Temada, Daerah Temburong.

Sehubungan dengan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin memaklumkan kepada orang ramai yang tinggal berdekatan dengan kawasan latihan berkenaan untuk tidak menghampiri dan memasuki kawasan itu kerana latihan berkenaan menggunakan bahan-bahan letupan, peluru-peluru hidup, kosong serta bunyi tembakan.

ARTIKEL YANG SAMA