Polis buka semula terminal Copenhagen

COPENHAGEN, 12 Sept – Polis Denmark membuka semula terminal di lapangan terbang Copenhagen hari ini setelah dua jam ia dikosongkan dan ditutup ketika mereka menyiasat bagasi yang diragui, kata para pegawai lapangan terbang dan polis.

“Polis kini sudah menyelesaikan operasi di CPH (lapangan terbang Copenhagen) dan penutupan di Terminal 2 telah dibatalkan,” umum pihak lapangan terbang dalam Twitter.

Sebelumnya, ia mengatakan polis ‘sedang menyiasat barangan pelik berukuran bagasi’ dengan jurucakap lapangan terbang, Morten Bro memberitahu AFP ‘adanya insiden’.

Terminal 2 adalah salah satu daripada dua terminal utama di lapangan terbang itu, kedua-duanya bagi penerbangan antarabangsa dan domestik. – AFP