Polis buru suspek ke-9 serangan di Paris

Polis buru suspek ke-9 serangan di Paris

PARIS, 18 Nov (AFP) – Eropah dalam langkah berjaga-jaga hari ini selepas video mendedahkan lelaki kesembilan mungkin terlibat dalam serangan di Paris, ketika Perancis dan Rusia membentuk gabungan luar biasa menentang pasukan pejuang jihad Islam yang mengaku dalang pertumpahan darah itu.

Polis sedang memburu tersangka terbaru yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai itu yang telah membunuh kira-kira 129 orang, selepas rakaman video memperlihatkan lelaki ketiga berada dalam sebuah kereta yang digunakan oleh lelaki-lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan di bar dan restoran di tengah Paris. Tidak jelas jika lelaki kesembilan itu adalah salah seorang dari dua rakan sejenayah tersangka yang ditahan di Belgium atau sedang diburu yang berkemungkinan bersama Salah Abdeslam, 26 tahun, lelaki Perancis yang menjadi buruan, yang melancarkan salah satu serangan di kafe Bonne Biere bersama saudara kandung lelakinya, Brahim, pengebom berani mati.

Presiden Perancis Francois Hollande hari ini akan mengadakan rundingan untuk membincangkan cadangan untuk melanjutkan keadaan darurat yang telah diisytiharkan selepas serangan paling teruk dalam sejarah Perancis bagi tempoh tiga bulan. Ia kemudian akan diundi oleh ahli undangan esok dan hari Jumaat. Dalam tanda kegelisahan yang mencengkam Eropah selepas pembunuhan beramai-ramai pada Jumaat lalu itu, perlawanan bola sepak antara Jerman dan Belanda telah dibatalkan semalam dan orang ramai dipindahkan selepas pihak polis bertindak ekoran ancaman bom ‘serius’

Perlawanan persahabatan di bandar utara Jerman, Hanover dihasratkan sebagai ‘simbol kebebasan’ selepas kejadian tembakan sembarangan dan pengeboman berani mati di Paris.

“Kami telah menerima indikasi serius bahawa serangan bom dirancang di dalam stadium malam ini,” ketua polis Hanover Volker Kluwe memberitahu penyiar Jerman, ARD. Ketika polis di Perancis dan Belgium meningkatkan pemburuan orang pelarian, jet-jet Perancis dan Rusia menyerang sasaran IS di Raqa, kubu kuat Syria kumpulan itu, bagi hari ketiga berturut-turut.

ARTIKEL YANG SAMA