Polis cari suspek bunuh 5 nyawa

Polis cari suspek bunuh 5 nyawa

WASHINGTON, 10 Mac (AFP) – Satu kejadian tembakan di laman belakang di sebuah bandar Pennsylvania, ke timur laut AS meragut lima jiwa, dengan sekurang-kurangnya dua suspek masih bebas, kata polis hari ini.

Dua lelaki dalam keadaan kritikal dan seorang wanita stabil ekoran pertumpahan darah yang berlaku di sebuah rumah lewat kelmarin di sub Bandar Wilkinsburg, Pittsburg, kata polis dalam satu kenyataan.

Empat mangsa – tiga wanita dan seorang lelaki – maut di tempat kejadian sementara seorang wanita lain maut di hospital, kata polis dalam kenyataan.

“Bukti balistik di tapak kejadian membawa polis mempercayai bahawa dua senjata berbeza ditembakkan dari dua orang yang berbeza,” kata kenyataan.

Belum ada yang ditahan dan polis menggesa saksi untuk tampil.

Wilkinsburg terletak sekitar 10 kilometer (enam batu) ke timur bandar Pittsburgh.

Polis berkata tembakan itu dilepaskan dari lorong dan apabila mereka yang berpesta cuba untuk berlindung di rumah, seseorang di bahagian tepi atau laman belakang berdekatan kediaman itu melepaskan tembakan di belakang anjung, di mana kesemua empat maut.

Leftenan Andrew Schurman dari Jabatan Polis Mukim Allegheny memberitahu AFP bahawa para penyiasat pada ketika itu tidak percaya bahawa sesiapa yang berada di laman belakang atau di tempat parti itu telah membalas tembakan tersebut.

“Kami masih lagi cuba untuk mengenal pasti semua mangsa dan apa kaitan mereka dengan parti itu,” katanya.

Menurut gabungan CBS, KDKA, jiran melaporkan mendengarkan 30 sehingga 40 bunyi tembakan.

Pekerja kecemasan berkata tujuh ambulans dihubungi ke tapak kejadian, menurut badan penyiaran setempat WPXI.

Penduduk jiran Kayla Alexander memberitahu WPXI bahawa jalan raya di mana kejadian tembakan berlaku biasanya sunyi dan dipenuhi dengan kanak-kanak yang bermain.

Rakaman media setempat dari tapak kejadian menunjukkan kehadiran polis yang ramai dan jalan raya ditutup ketika orang ramai yang lalu lalang menangis dan berpelukan.

ARTIKEL YANG SAMA