Polis Chicago bunuh 3, seorang ‘tertembak

Polis Chicago bunuh 3, seorang ‘tertembak

CHICAGO, 27 Dis – Polis di Chicago menembak dan membunuh tiga orang kelmarin, termasuk seorang ibu lima anak yang mereka katakan tertembak ‘secara tidak sengaja’ apabila para pegawai bertindak ke atas gangguan domestik.

Menurut kenyataan polis, semasa tiba atas panggilan pada awal kelmarin berhubung keganasan itu, ‘para pegawai berdepan dengan subjek yang menyerang mengakibatkan penembakan senjata para pegawai, yang mencederakan dua individu’.

Pembunuhan itu adalah yang pertama sejak bantahan bulan lalu berhubung video pegawai polis di Chicago yang menembak seorang remaja berkulit hitam yang melarikan diri sebanyak 16 kali, dan mati di tempat kejadian.

Penembakan yang berlaku pada 2014 itu telah mencetuskan siasatan hak asasi awam persekutuan ke atas anggota polis.

Media tempatan mengenal pasti dua mangsa warga Afrika-Amerika itu sebagai Bettie Jones, ibu kepada lima orang anak, dan pelajar kejuruteraan berusia 19 tahun, Quintonio LeGrier.

Le Grier dikatakan mengidap masalah kesihatan mental dan mengancam ayahnya dengan kayu pemukul besbol, ujar ahli keluarganya kepada Chicago Tribune. – AFP