Polis Diraja Brunei agih daging korban

Polis Diraja Brunei agih daging korban

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Ibadah sunat korban terus dilaksanakan di seluruh negara sama ada oleh kementerian, persatuan, institusi pengajian, pasukan beruniform, syarikat-syarikat dan mukim serta kampung.

Tidak ketinggalan memeriahkan hari-hari yang disunatkan untuk berkorban sehingga Khamis ini ialah Pasukan Polis Diraja Brunei yang mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Polis Diraja Brunei, Gadong hari ini.

Ibadah korban yang dilaksanakan melalui Badan Ugama Islam dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam yang menyempurnakan pengagihan daging korban.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy semasa menyempurnakan pengagihan daging korban kepada para penerima.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy semasa menyempurnakan pengagihan daging korban kepada para penerima.

pg10_160914_c

Turut hadir ialah para pegawai kanan dan anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei.

Tahun ini, badan itu mengorbankan dua ekor sapi yang melibatkan 14 orang peserta. Majlis pengagihan turut diserikan dengan takbir Hari Raya Aidiladha dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir.

ARTIKEL YANG SAMA