Polis disyaki bunuh 18 warga Brazil

Polis disyaki bunuh 18 warga Brazil

SAO PAULO, 17 Ogos (Agensi) – Pihak berkuasa Brazil berkata mereka mengesyaki pembunuhan 18 orang di bandar Barueri dan Osasco adalah kerja anggota polis, menurut para penyiasat melalui kenyataan mereka di media setempat.

Pembunuhan tersebut berlaku pada malam Khamis lepas dalam lingkungan kejiranan di bandar Osasco dan Barueri di kawasan metropolitan Sao Paulo, di dalam perimeter kira-kira 4 kilometer, yang menjurus para pegawai untuk mempercayai pembunuh sama bertanggungjawab bagi semua jenayah.

Pihak berkuasa mengesah satu kematian di wilayah itu, yang meningkatkan jumlah kepada 19 mangsa yang maut dalam pembunuhan berkenaan. Insiden berlaku ketika rompakan bersenjata yang dengan sebab itulah kes itu diasingkan daripada kes pembunuhan.

Akhbar harian Folha de Sao Paulo dan O Estado de Sao Paulo pada Sabtu lepas memetik testimoni para pegawai yang mengendalikan kes itu, yang berkata mengenai kemungkinan polis “bertindak balas” kerana pembunuhan dua rakan mereka minggu ini di kawasan yang sama kini termaktub sebagai “garisan utama penyiasatan.”

Pembunuhan pada Jumaat lepas berlaku di beberapa buah bar, restoran dan jalan raya, dan selain 18 kematian, sekurang-kurangnya tujuh orang turut mengalami kecederaan.

Salah satu faktor yang menyebabkan polis disyaki terbabit dalam pembunuhan itu ialah kerana penemuan cebisan peluru yang secara eksklusifnya adalah bagi kegunaan pasukan polis dan tentera.

Semua mangsa adaah lelaki berusia di antara 16 dan 49 tahun, sementara enam daripada mereka mempunyai rekod jenayah kerana rombalan, menyeludup dadah dan percubaan homisid.

Gabenor Sao Paulo. Geraldo Alckmin Sabtu lepas berikrar bahawa pihak yang bersalah akan segera diberkas, tetapi dengan sikap berhati-hati berkata polis mungkin terlibat dalam insiden pembunuhan berkenaan.

“Marilah kita tunggu keputusan penyiasatan, yang akan dilakukan dalam tempoh segera sekali gus membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” beliau memberitahu wartawan.