Polis Filipina berdepan perang dengan peniaga dadah

Polis Filipina berdepan perang dengan peniaga dadah

MANILA, 7 Jun – Polis Filipina berdepan pertempuran maut dengan peniaga dadah yang dipercayai merancang serangan ke atas presiden baru Rodrigo Duterte dan rancangannya untuk bertindak keras ke atas dadah, menurut pegawai hari ini.

Ketua polis kebangsaan baru, Ronald Dela Rosa berkata ketua dadah juga telah meletakkan harga ke atasnya dan kepala Duterte.

Katanya, dia menerima maklumat bahawa ketua gengster bertemu di dalam penjara kebangsaan dan ‘dilaporkan bersetuju untuk meletakkan 10 juta peso (AS$217,390) ke atas saya dan Duterte.”

“Oleh itu saya beritahu mereka untuk datang, silakan,” tambahnya.

“Jika mereka boleh merasuah anggota polis, pendakwa raya, hakim dan para pegawai penjara (sebelumnya), namun pada masa ini, saya tidak tahu jika mereka boleh masih dapat lakukannya.”

Duterte pada awalnya menawarkan untuk memberi ganjaran wang sekitar 5 juta peso atas penangkapan atau membunuh ketua dadah di Filipina.

Dia telah memberi amaran pegawai polis yang terlibat dalam perdagangan haram itu bahawa dia akan mengarahkan untuk membunuh mereka juga. – dpa