Polis Filipina bunuh 5 pencuri kereta

Polis Filipina bunuh 5 pencuri kereta

MANILA, 12 Julai (dpa) – Lima suspek pencuri dan perompak kereta telah dibunuh hari ini dalam satu kejadian tembak menembak dengan polis di Filipina, menurut para pegawai.

Suspek dipercayai memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah motosikal tanpa nombor plat lesen apabila mereka melepaskan tembakan ke arah tempat pemeriksaan polis di wilayah Bulacan, hanya ke utara Manila, menurut Superintenden Rogelio Ramos, ketua polis wilayah.

Sepasukan pegawai polis telah mengekori suspek sebelum kejadian tembak menembak itu, menurut Ramos.

“Lima orang yang terbunuh itu…adalah yang disyaki penjenayah terkenal dan terlibat dalam pencurian kereta, perompakan dan jenayah serius lain,” tambahnya.

Polis menemui empat pistol, sebiji bom tangan dan dua pasang gari daripada suspek, kata Ramos.

ARTIKEL YANG SAMA